Betul tak?

Sebelum memulakan entry ni, terlebih dahulu aku nak minta maaf sgt2 pada pihak pengurusan uSPOT@UPM kerana terpaksa meluahkan rasa "ketidak-syukuran" terhadap sistem wireless "percuma" yg baru diperkenalkan ni. Bukan apa, setelah beberapa minggu menggunakan sistem percubaan uSPOT ni, aku rasa apa yg digembar-gemburkan masa roadshow uSPOT hari tu tidak relevan dgn apa yg kami dapat dpd perkhidmatan ni. Semuanya sudah dilakukan; beratur panjang utk mendapatkan user id, menerima hakikat bahawa ia hanya dpt digunakan selama 40 jam seminggu, dan itupun hanya sehingga jam 1 pagi setiap hari, tapi perkhidmatannya masih tidak sempurna.. maksud aku, sgt teruk.

Pd pendapat aku, berkongsi satu connection 45mbps dgn lebih 22,000 org pelajar yg ada dlm universiti ni bukanlah satu idea yg paling bijak aku pernah jumpa. Namun demikian, aku tetap rasa ada sesuatu yg tak kena dgn perkhidmatan ni. Semester lepas, masa ia baru diperkenalkan (masa tu dikenali dgn nama hotspot@upm) tidak pula sambungannya teruk spt sekarang. Kawalan apa lagi yg tidak kami ketahui disebalik semua ni? Perkhidmatan ini mungkin "percuma" (yg mungkin bermaksud pihak uSPOT tidak mendapat sebarang "bahagian" daripada yuran pengajian yg telah dibayar) namun pada satu segi fikirlah tentang kebajikan kami. Apa gunanya sambungan internet yg ada sekiranya pd kebanyakan masa ia tidak dapat digunakan? Sudahlah sambungan lembab, dikawal pula sehingga jam 1 pagi. Relevankah semua ni kepada pelajar universiti, yg mana ada sesetengahnya hanya mampu membuat assignment pd 2 pagi kerana lambakan kerja yg terlalu banyak?

Ya, setelah membaca akhir perenggan di atas, mungkin ada sesetengah pihak pengurusan uSPOT yg mula ketawa. "Apa sgt lah kerja yg korang nak buat tu, banyak sgt mcm kitorang yg memang dah bekerja ni?". Sekiranya ada yg cuba berfikiran mcm tu, fikirlah sekali lagi. Hakikatnya kami adalah pelajar di sini, dan kemampuan kami utk mendapatkan sesuatu mungkin sgt berbeza dpd golongan yg sudah berpendapatan tetap (bergerak sebebasnya kerana sudah berkenderaan dan mampu memasang streamyx kerana tinggal di kediaman sendiri). Maknanya, masa kami amat terhad untuk bergerak ke sana ke mari dlm keadaan keluasan UPM yg sgt besar ni, di samping tidak mempunyai kelebihan utk mengakses sambungan bermutu tinggi kerana tidak boleh (bukan tidak mampu) mendapatkan talian fixline. Ketika roadshow, kami diberitahu bahawa purata keputusan pelajar pada semester ini akan menentukan kualiti perkhidmatan uSPOT pd masa yg akan datang. Kenapa tak fikir dari aspek yg berlawanan?

Kebanyakan dpd kami mungkin tidak kisah membayar sedikit yuran sekiranya itu boleh membantu mengurangkan restriction dan meningkatkan kualiti perkhidmatan ini. Demi pelajaran, kami sanggup lakukan apa sahaja. Kalau tidak, masakan kami sanggup belajar di universiti ini wpun yurannya adalah yg kedua termahal antara semua IPTA di seluruh malaysia?

Taken From
http://sisoren.blogspot.com/2008/07/uspotupm-kenapa-mcm-ni.html

5 text messages:

SoReNsEn said...

posting ni i buat bulan julai lepas. i mmg dh boleh detect kelemahan connection uspot ni dpd ms tu lg. but now i prefer to use ultrasurf (refer i punya recent post). mmg berkesan utk mengatasi masalah connection lembab.. ok :) selamat mencuba!

Fær/Farhan/Unown F/Gyan said...

Owh~ gitu~ TqTq~

eM. said...

darn..u can read my mind..

uSpot shud be rename uSux!!

Asyraf Azizan said...

betul ar.aku dh fedap guna uspot

Aku.com said...

mueheuhehueuheuheuhue... komen je terus ke uSPOT Center... apa nk takut... to tu psl connection la... mmg sgt slow... psl time limit tu kalo boleh mtk panjang skit smp pkl 2 pon jd la... ikut pgalaman aku la... akan ramai yg amik ksempatan nnt kalo xde restrict... pastu men internet smp pg.... xg kelas n sebagainya... bgs post ni... ada y betulnya n ada y kna kaji balik...
salam...

twatter

follow.me.k, i'll follow u later =)

wat.u.missed

chocolates...

BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com