Short-review (software): JDownloader

Selamat kembali! Erm kali nie, Faer nak review program yang agak bagus nie, terutamanya pada kaki download. Namanya: JDownloader! Apa yang bagusnyer? Jom tengok!

Haa~ Faer tau ramai yang suka DDL (direct download) daripada Rapidshare , Megaupload, Mediafire, 4Shared, dan lain-lain lagi kan berbanding torrent? Tapi sering menghadapi satu kekalutankan, terutamanya yang kat kawasan internet hampeh iaitu TERPUTUS DOWNLOAD!

Katakanlah waktu korang download, dah 95% dah, tetiba jer elektrik terpadam! Haa mesti download korang terputus kan? Pastu bila nak sambung, korang kena melalui 2 benda, captcha (yang kena type in 3-4 huruf tue) dan memulakan semula download korang daripada 0%. Betol tak?

Rajah 0: contoh captcha

Kalo korang taknak susah-susah download dari mula, tapi masih nak truskan, Faer sarankan korang cuba JDownloader nie. Apa kebaikannya? Jom tengok~

Mula-mula, Faer bagi link dulu. Download kat JDownloader nyer website: LINK.

So kebaikan JDownloader nie:

RESUME
Boleh resume kebanyakan servis one-click download, terutamanya yang kerap digunakan seperti Megaupload, Rapidshare, Mediafire dan lain-lain. (Insyallah support semua jenis one-click download).

BUILT IN HJSPLIT
Bagi pengguna yang suka download movie, selalunya mesti korang bump kat link yang dibahagikan kepada beberapa bahagian (contoh:xxx.001, xxx.002, xxx.003) kan? Secara amnya, lepas korang dah download, mesti korang carik program macam HJSplit untuk extract kandungan bahagian tue semua kan? JDownloader dah menyediakan HJSplit dalam program tu sendiri, asalkan download korang lengkap. Jadi habis jer korang download (kalau takde password), file korang akan diexkstrak serta merta secara automatik, so x payahla korang loadkan file dalam HJSplit tue lagi. Lagi senang kan?

Rajah 1: Download korang akan mula secara automatik, so tunggu je la.


LINKGRABBER
Dengan Linkgrabber, korang hanya perlu copy link download tersebut. JDownloader akan grab link korang tu dan akan periksa samada file yang korang cari tu wujud lagi ke tak. Yela, kadang-kadang buat penat jer tunggu 60 saat, tapi file dah takde (dead link). Betol tak?

Rajah 2: Linkgrabber akan terus cek sama ada link korang masih valid atau tak.


Kesimpulannya, Faer memang dah lama guna JDownloader nie, so far sangat puas hati coz internet kat kawasan Faer nie hampeh, so memang tak digalakkan guna torrent untuk download file yang besar lagi berat. Kalo nak DDL laju, tapi selalu terputus coz line hampeh. So sebab dengan JDownloader nie, bolehla faer resume jer download pada peratus yang tergendala daripada mula balik dari 0%. Plus, tak payah key-in sendiri captcha dier.

Berminat? Cubala~ Software nie percuma. Goodluck! Ada soalan? Tanya la k.
P/s: Aku sendiri pon belum habis explore program nie, tapi asasnya aku taula.

5 text messages:

adiwarnatasya said...

Faer,
Bagus nie!!!
Leh cuba:)

Code name Kunozaku Mugen said...

huh mcm best je......ok nk try lorh...haha

Fær.han/Unown F/Gyan said...

@adiwatnatasya: Thx adiwarnatasya!!!
Selamat Mencuba ^_^

@Kuno: Hehe ntok kaum yang guna Uspot, insyallah software nie berguna untuk anda semua =p

x-po said...

bgs info ni..aku pun mmg bengang kalau download tba2 terputus

Fær.han/Unown F/Gyan said...

Thx~ tau xpe
=)

twatter

follow.me.k, i'll follow u later =)

wat.u.missed

chocolates...

BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com