Hidup aku...seorang ke? REALLY LONG AND CRAPPY RANTING AHEAD!

aku sebagai seorang pelajar Bacelor Pendidikan Major Matematik yang sejak tahun pertamanya keseorangan...
Tahun nie bila habis saja bulan April atau Mei, maka habislah semester keenam aku di Universiti Putra Malaysia. Bukan itu sahaja, itu menandakan pengakhiran tahun ketiga pembelajaran aku sebagai seorang pelajar Bacelor Pendidikan Major Matematik yang sejak tahun pertamanya keseorangan... Kenapa keseorangan? Hmm...jom kita imbas kembali...


Finally, a partner in crime...

Pada tahun pertama aku di UPM nie, aku berangan la nak study dengan rakan sekursus yang lain sehingga hening subuh, melalak, gelak dan sedih sama-sama kalau exam tak best. Tapi apakan daya, selepas orientasi, aku sedar bahawa terdapat dalam 25 orang sahaja pelajar dibawah kursus aku batch aku, hanya 2 orang sahaja yang bergelar anak adam. Bermakna lagi 23 selebihnya anak hawa. Sesetengah kenalan matrikulasi aku memang kagumla dengar: "Pergh bapak ayam seyh ko nanti~" atau pun "Hahaha tido tak lena la kau pasni~ asyik pikir pasal minah~". So aku pown aminkanla doa~ hehe manala tau seronok kan jadi satu daripada 2 manusia adam yang terpilih untuk kursus aku nie untuk bersama 23 kaum hawa lain selama 4 tahun berturut-turut~ kononyela kan? At least aku ada seorang kawan untuk bertanya, lagi-lagi dia lelaki, so bolehla kamcing sikit~ dahla pandaikan?


Goodbye old friend...

Masuk tahun kedua, sahabat sekursus aku seorang nie betukar kursus kearah perubatan. Apa bley buatkan? Dah minat + rezeki dia. Aku ok jer. Bye Wee~! Maka bermulalah hidup aku menempuh kelas sebagai satu-satunya mahasiswa lelaki kursus aku. Bismillahirrahmanirrahim~ Mula-mula aku rasa ok jer, aku boleh handle sendiri. So study pown sendiri je la kan. Hari demi hari aku balik bilik, buka buku, tido. Tapi result takdela seberapa mana pown. Selepas itu habislah semester 1 tahun kedua aku. Masuk semester kedua, aku dah mula terasa keseorangan aku camana. Balik bilik jer tido. Takde mud nak study coz takda orang ntuk aku study dengan. Roomate aku budak course yang jauh berbeza so aku nak ajak study pon tak mungkin la kan. Hari demi hari aku macam tak bukak buku jer, bila exam baru nak bukak. Bila dah nak exam lagi liat kadang-kadang pasal aku tengok roomate aku study dengan budak-budak course dia dengan rancak dan seronoknya, memang aku takde mood nak bukak buku, bukan jeles, memang seronok tengok diorang study sesama, rasa macam nak tukar course, tapi bila pikir pasal orang kat rumah, berat hati lak. Fast forward, habisla semester kedua aku.


I thought i could...

Masuk pulak tahun ketiga, tapi sebelum tu, aku lupa lak nak cakap pasal satu info: waktu tahun kedua, aku memang tak study langsung dengan budak perempuan. Yela, diorang study dalam bilik bacaan blok masing-masing. Kalo turun study pown bukannyer aku tau. Silap aku kot tak banyak cakap dengan diorang, tapi diorang pown jarang berbincang dengan aku waktu tu, walaupon waktu tutorial. Ada gak yang aku sendiri pown baru sedar duduk sekolej dengan aku biler nak abes tahun kedua aku. Takpela, dah lepas. Aku pown dah makin mengenali mereka-mereka yang hawa sekarang nie, dah boleh ajak diorang study sesama. Alhamdulillah. Tapi pada masa yang sama, aku takda lah nak menyalahkan mana-mana pihakkecuali diri sendiri kalau gred aku tak sehebat mana. Nak terima kasih kowt sebab bagi aku join korang nyer group discussion.


It's getting even more complicating...

Aaaah kensella nak cakap pasal tahun 3. Bley tak? Bley ek? Ok~ Takdela apa sangat, just nak merengek pasal hidup aku yang "keseorangan" sejak tahun pertama. Senior aku? Hurm diorang duduk kat kolej keseberangan, dimana aku susah nak kontek kerana aku tak tau tentang sesiapa pon disana, masih dalam kawasan universiti pown aku tak tahu. Yes aku memang malas nak cari mereka, ingat dapat buat semua sendiri la kan? Ingat boleh study sorang macam kat sekolah dulu, rupanya tak begitu menjadi. Kan sendiri dah kena. Penting ke cari senior? Adakah mereka akan study sama dengan kita? Tapi satu perkara yang pasti, aku tak nak kata yang aku salah pilih kursus la pasal kalo aku tukar kursus, mungkin tak akan bertemu dengan seseorang tu. Dialah yang menjadi study partner aku tak kira time exam atau test skarang nie. Thanks kamu~


Kamu suka game nie kan?

So last-last aku tak cerita sangat kan pasal tahun ketiga aku? Hehehe actually takot korang bosan+boring+tulisan BM aku yang sangat HEBAT nie kan? Kui3 tak paham takpe, just nak luahkan sesuatu sekali sekala. Kadang-kadang aku terpikir, nanti aku dapat mengajar kat sekolah yang semuanya guru perempuan ker? Aahahhaah~noooooooooo!

8 text messages:

amieaffriza said...

hohoho..sian ko faer..xpe redah je la..skang dh ade fara kan..dh ade la semangat skit kan..


p/s: dah la kena mengajar kat sekolah sume guru nyer pompuan pastu sume pelajar nyer pompuan..ahaks..amacam??gler best kan faer..+_+

Fær.han/Unown F/Gyan said...

ahahaha thx mama~ =p Harap-harap semangat ku tak hilang~ amin~ *ahaks*

reply p/s: Wahahaha mama doa la saya dapat gitu ^_^ tapi nanti takot lak orang rumah ase x puas ati~ =p

piko said...

dah hampir genap 2 tahun jadi roomate ko n sem ni sem last.just nak ckp,its been fun being your roomate.thanks for everything huhu
(hahah mcm nak blah skrg je kan :P)

hope jgn sad sgt2 nanti.sabar byk2.lg 1 more year.hope jumpa more memb2 yg mayb even better than me right?amin.....

i M a Z a i M i said...

hahaha..macam 1st time aku baca tulisan ko yang panjang2 dalam bm kan. hahaha..nice what =PP


*wey, sukalah tu ada temankan ko study tetiap hari..hahaha..ok2 paan, mmg best ade orang temankan kita study tiap2 hari =PP

**PriNciPLe_AmZy** said...

"Takde mud nak study coz takda orang ntuk aku study dengan."

Aku mmg suka statement ni ... BI translate to BM (suka ati ko je,kan?) hehehehe

Fær.han/Unown F/Gyan said...

@piko: Huhuhu thx weyh~ Aku pon sronok gak jadi rumate ko. Dapat sabun basuh baju, biskut, kropok, blablabla...pendek kata: gonna miss you~ *did that sounded gay? >_<*

@ima: Kui3 there's always a first time for everything =p Thx for the support ima~! Hehe insyallah ada insan chumill menemani perjuanganku setiap saat =p *wah!*

@ecah: Kui3 direct translation namanyer tue~ ahaks you~

AwoL said...

ak suke gambar calculus tu
^_^
sbb aku engineer!!
yeah!!
cis.. 3rd year xnk tulis sbb dh de 'kamu' tu.. xleh bla tul ko ni.. hahahaa.. btw, ak rasa lps cuti nnt nk dtg melawat upm.. tgk r mcm mne.pe2 hal ak contact r.ko pakai no mane 1?postpaid?prepaid?digi?

Anonymous said...

i'm happy coz u happy

twatter

follow.me.k, i'll follow u later =)

wat.u.missed

chocolates...

BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com