Just Incase I Forget: Panduan Solat Sunat Aidil Adha


Oit, jangan buat bising masa khutbah tau!
Salam semua. Kat sini Faer nak tanya, ingat tak camane nak sembahyang raya? Hehe, maklumla, ibadah ni sekali dua setahun je kan? So just incase korang terlupa, this is me reminding you and me, how to perform: Solat Sunat Aidil Adha :) Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad ( sunat yang dituntut )

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).

Hari Raya Adha (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'iidil Adhaa Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allahu Akbar.

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taalah" (jika ikut imam).

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

Di antara Takbir ke Takbir hendaklah kita membaca tasbihnya iaitu:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah , Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung"

(4) Membaca fatihah dan surah al. Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )

Sekian. Wallahu aklam . Wassalam.
Sumber: JOM.KITA ULANGKAJI CARA SOLAT SUNAT AIDIL ADHA
Sumber: Panduan Solat AidilFitri Dan Aidil Adha
Link PDF: Takbir Raya
P/s: Kalo ada yang terkurang tu, minta-minta la diberi teguran ye :)

3 text messages:

Leenoh said...

Jika artikel ringkas ini disebarkan lagi maka bertambahlah lagi kebaikannya.

dyll said...

gud. i loike~

Fær.han/Unown F/Gyan said...

@leenoh: Thanks uncle! :)
@dyll: Hehe thx~

twatter

follow.me.k, i'll follow u later =)

wat.u.missed

chocolates...

BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com