Pelajar meninggal dunia sejurus sebelum SPM bermula


Gambar hiasan [link]
KULAIJAYA, 23 Nov — Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum mula menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, dekat Ledang di Muar, hari ini.
Seorang lagi calon SPM di Kluang meninggal dunia semalam akibat penyakit buah pinggang.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata pelajar SMK Ledang, Hazizul Hasah, 17, telah mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

“Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun, pelajar lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura di sini hari ini.

Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula hari ini.

Markom berkata Hazizul dipercayai menghidap penyakit jantung.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Hazizul.

Di Kluang, seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada 4 petang semalam akibat penyakit buah pinggang.

Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapat rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.

Markom berkata seramai 56,203 calon SPM dari 243 sekolah di Johor menduduki SPM kali ini. — Bernama

faer kata: Innalillah... So untuk calon-calon SPM lain, cuba hilangkan tension atau ketegangan sewaktu SPM k. Semua nie ujian dunia. Hidup mati bukan berdasarkan keputusan semata-mata, tetapi ketetapan Ilahi. Wallahualam.

3 text messages:

Zakiah Adun said...

uit.. sekolah ledang tuu.. nape aq xtaw?? sbb aq xblk kg lg kot.. trkejot aq baca news ni... takziah..

**PriNciPLe_AmZy** said...

ayat dia "seorang lagi calon SPM meninggal ...... "
dah bape orang dah meninggal?? mcm ramai sangat...tapi hurmmmm, stress kot.

Fær.han/Unown F/Gyan said...

@zaki: Eh, ko skolah ko ker zaki?
@ecah: Huhu jumlah sebenar takkan diketahui kerana ianya: Misteri Nusantara~ :p Tu r, stress woo~

twatter

follow.me.k, i'll follow u later =)

wat.u.missed

chocolates...

BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com