Apa yang patut korang mintak antara iPad, Samsung Galaxy Tab dan Laptop?


Notis: barang-barang diatas hanyalah pinjaman semata-mata dari bonda dan ayahanda Faer :p
Katakanlah korang diberi pilihan antara iPad, Samsung Galaxy Tab dan laptop, mana yang patut korang pilih?
Salam dan salam lagi. Katakanlah korang dapat keputusan yang saaaaangat baik dalam peperiksaan baru-baru nie (tahniah~), dan mak bapak korang kata boleh pilih satu hadiah gadget. Katakanlah korang diberi pilihan antara iPad, Samsung Galaxy Tab dan laptop, mana yang patut korang pilih? *unless korang kaya giler, balun la tiga-tiga~*
Samsung Galaxy Tab(let) - Panggilan Dari Android Yang Bijak

Depan hitam, belakang putih berkamera, itulah dia SGT!

So, firstly, Faer akan mulakan dengan Samsung Galaxy Tab (SGT) yang menggunakan operating system Android2.2. Tapi Faer taknak citer banyak pasal specification alat nie pasal korang leh baca kat sini [LINK]. So let's get down to biznez. Dari perspektif Faer:

Kelebihan SGT:
  • Full-touch interface, bleh guna video HD1080p, bleh buat call (phone), bleh guna wi-fi (browsing), GPS, bateri tahan lama, processor laju, ada "Market" yang membolehkan korang download software free dan ada kamera *penting tu*. Plus, main game kat menda nie memang BEST!


  • Kekurangan SGT:
  • Tiada USB port untuk terus guna Flash-drive, ada 16GB jer internal storage (boleh expand guna kad Tflash/MicroSD), perlukan kabel asing untuk pasang kat tv, perlu menggunakan Bluetooth headset kalo nak buat call (pasal pelik la kan kalo korang berbual guna henpon sebesar kotak tisu~)



  • Perbandingan saiz SGT dengan kertas A4.

    Kesimpulannya:
  • Jikalau korang jenis student, takyahla guna. Seriously, sejujurly. Kalau korang baru habis PMR @ SPM nak bli ni memang tak berbaloi. Kalo korang dah masuk universiti pown sama gak. Walaupon ada memacam software untuk alat ni, tapi tak bermakna semuanya membantu korang, contohnya, sanggup korang nak siapkan power point dalam alat ni? Boleh ke alat ni bantu korang dengan lebih efficient pada tahap tu?

  • Tapi kalo korang dah keje, tu lain citer la coz maybe korang kena gerak sana sini, so GPS tu definitely berguna. Organizer dalam tu pown akan berisi appointment dan tarikh yang lebih penting *let's face it, tarikh apa jer yang akan penuhkan organizer menda ni kalo korang student?*


  • Apple iPad - Bukan Sekadar Pemain Audio Cap Apple!

    Depan dan belakang Apple iPad~ Cantik tak? :)

    So skang giliran iPad, yang menggunakan iOS4.2. Specification iPad juga boleh dibaca di website iPad [LINK]. So let's get down to biznez. Btw yang kat dalam bilik Faer nie version 32GB 3G :) Dari perspektif Faer:

    Kelebihan iPad:
  • Laju, display yang BESAR membuatkan web browsing selesa pada mata, kebanyakan apps bleh guna pinch-zoom, kadar respons yang sangat baik, bateri tahan lama, ada special function untuk carik balik iPad korang kalo hilang/kena cilok and banyak game yang BEST! *tapi sedihnya...*


  • Kekurangan iPad:
  • Apps store *tempat untuk korang download software untuk produk iOS* mengenakan bayaran untuk majoriti produk diorang, so makin best benda tuh, makin mahal la korang kena bayar. Contoh: Quran lite: Free, ada 6 surah jer, yang full $15 (yep, in American Dollars, so korang darab la sendiri braper kena bayar k.)

  • Huhu game-game yang best-best tuh lagi la mahal, plus korang hanya boleh bayar apps tersebut melalui American Express, Discover, MasterCard and Visa credit or debit cards (ada cara lain ke?) BTW, jangan salah faham yer ada "3G" kat iPad nie, korang takleh buat call atau SMS k, leh guna 3G internet je.



  • Perbandingan saiz iPad dengan kertas A4.

    Kesimpulan:
  • Well iPad nie pown kira kes sama macam SGT, takda banyak guna pon kalo korang student. Tapi bestla kalo korang nak jadikan e-reader, pasal skrin dia agak besar so kalo nak baca lama-lama memang puas la. Actually, bila Faer guna iPad nie, seriously ada feeling macam guna iPod Touch yang sangat besar. Kalo stakat korang nak bawak menda nie gi memane hotspot untuk guna wi-fi, takyahla :| Bli iPod Touch lagi berbaloi.


  • Laptop - Teman Yang Sentiasa Boleh Diharap, Tak Kira Umur

    Ni lah kawan Faer untuk Photoshop, animation, blogging etc.

    Akhir skali, laptop 14 inci. Tahla, taktau nak cakap apa :)

    Kelebihan laptop:
  • Skrin paling besar antara ketiga-tiga pilihan, boleh guna DVD, bleh guna pendrive, bleh guna external hard-disk sampai bertera-tera, boleh trus sambung kat HDTV, projector atau monitor. Internal memory leh sampai 1TB. Boleh menggunakan Windows7, OSX Leopard, pelbagai jenis LINUX dan lain-lain OS.


  • Kekurangan laptop:
  • Paling besar antara semua pilihan, perlukan meja atau tempat untuk diletakkan kerana antara ketiga-tiga gadget, yang ni paling cepat panas, perlukan adapter besar untuk mengecas, lebih berat berbanding pilihan lain, tak boleh guna GPS, tak boleh buat panggilan.


  • Kesimpulan:
  • Well Faer memang pilih laptop la. Skang nie laptop skrin 14inci bawah RM2000 pown da ada processor yang power, grafic card yang at least 512MB, ram 2GB. Kalo korang student, pilihla laptop, lagi-lagi yang baru abis PMR. Kalo korang nak copy paste file hard disk kawan korang lagi senang kalo ada laptop berbanding pilihan lain kan? Kan kan kan! :P *giler one-sided kan post ni*

  • So, kesimpulan muktamadnya adalah?

    Graf harga barang-barang pilihan~ klik untuk besarkan!

    Sebenarnya, takda jawapan yang jelas pown yang mana patut dipilih oleh sesuatu individu tuh, cuma kalo nak beli tu, biarlah sesuai dengan keperluan (yela, kalo nak ikutkan, post nie lebih kepada kalo parents korang nak blanje korang kan? Takut korang mintak lebey-lebey :>).

    Banyak isu yang perlu dipertimbangkan seperti, kalo tak pernah guna sistem Android atau iOS, kena la mula blaja jika dah beli, kalo tak memang tak merasa nikmat guna alat ni. Jika belum beli tapi nak beli, selidiklah dahulu kelebihan dan kekurangan alat tersebut (yang kat sini bukan review ye, cadangan je). Akhir sekali, yang Faer boleh rumuskan hanyalah jika,
    • Student: Bli jer la laptop, tak rugi.
      Dah Keje: Kalo korang dah stabil kewangan, bli la yang mana pown, tak rugi.
    Sekian, Wassalam. Nak kena gi pulangkan jap barang-barang nih :p Tak brani simpan lelame ~_~
    P/s: Huhu teringin la...

    7 text messages:

    **PriNciPLe_AmZy** said...

    Nak SGT~!!! hahaha

    kena start selidik pasal android ler ni =p

    Fær.han/Unown F/Gyan said...

    Kikiki kalo nak kena kerja kuat k~ Android memang best, tak rugi guna~ :)

    **PriNciPLe_AmZy** said...

    dah macam nama dadah pun ada gak...ekekeke =p

    Fær.han/Unown F/Gyan said...

    Jauhilah dadah yer~ Nanti mereng masuk lombong :p

    zahirah ardy said...

    I still love laptops the most! Game, softwares, connections semua pirated semua boleh jeahahah!

    Fær.han/Unown F/Gyan said...

    Hahaha~ oit pirate! :> True, can't live without those :p

    Anonymous said...

    laptop!!
    leh jadi mac osx "SNOW leopard"
    yeah!
    ^_^
    waayyyy better than macbookpro which is better than those two tablet

    twatter

    follow.me.k, i'll follow u later =)

    wat.u.missed

    chocolates...

    BLOGGER TIPS BlogMalaysia.com